Jumat, Januari 17, 2014

Bagaimanakah anda dengan keadaan iman anda...??



@Muhajir Afriqiy
"Bagaimanakah anda dengan keadaan iman anda...??
di dalam hubungan anda dengan Nabi ﷺ..
di dalam kecintaan anda kepada Nabi ﷺ..
di dalam tindakan (amal) anda untuk mengikut Nabi ﷺ..

Jangan anda cinta dan suka kecuali apa yang disukai oleh Nabi ﷺ..
Jangan anda benci kecuali apa yang dibenci oleh Nabi ﷺ..

Sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ tidak suka perkataan sekiranya atau kalau (bagi perkara yang sudah berlaku)..
Nabi ﷺ tidak suka banyak bertanya..
Nabi ﷺ tidak suka membazir harta..
Nabi ﷺ tidak suka menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat,

Nabi ﷺ tidak suka berburuk sangka, maka janganlah anda berburuk sangka kepada seorang pun..
Nabi ﷺ tidak suka permusuhan dan benci membenci..

Nabi ﷺ suka menanam rasa kecintaan..
Nabi ﷺ suka mendamaikan di antara manusia..

Perbaikilah hubungan anda dengan Sayyidina Nabi Muhammad ﷺ .."

- Sayyidil Habib Umar bin Hafidz hafizahullah.

0 komentar:

Posting Komentar

 

Blogger news

Blogroll

About